|     KUALA LUMPUR, 5 Jun:   Majlis Syura Ulamak dicadangkan supaya membuat odit kepada setiap   anggota Jawatankuasa PAS Pusat dan dinilai setiap masa demi kepentingan   PAS.
  Odit ini pula hendaklah digunakan untuk membuat pembetulan   terhadap semua mereka dan jika perlu mereka yang berkenaan dipanggil   untuk diperbetulkan.
  Cadangan ini dikemukakan oleh Timbalan   Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu ketika membuat ucapan penggulungan di   Muktamar PAS ke 57 hari ini.
  Mohamad Sabu dipercayai menjawab secara praktikal isu ulama dan Majlis Syura Ulama.
  Timbalan   Pengerusi Majlis Syura Ulamak, Datuk Dr Haron Din ketika membuat  ucapan  penggulungan selepas itu membuat respon secara spontan cadangan  Mohamad  Sabu itu.
  Bagi beliau, inilah kali pertama cadangan  dibuat  kerana sebelum ini hanya pengharapan dibuat dalam bentuk mahukan  Majlis  Syura diperkasakan.
  Walaupun cadangan ini sepatutnya  dibuat  kepada badan odit tetapi beliau yakin cadangan ini boleh  dipertimbangkan  untuk dilaksanakan oleh Majlis Syura.
  |